KOLEJ KAUSAR |
![]() |
|---|
MENU UTAMA
pengenalan & latarbelakang kolej
|
KAUSAR FUTSAL C ENTER FUTSAL Kadar Bayaran
Sebarang penangguhan tarikh/masa penggunaan hanya akan diganti sekiranya berlaku bencana alam, kerosakan bekalan elektrik ataupun kerja-kerja baikpulih yang dilakukan oleh pihak Kausar FC Tempahan padang futsal akan terbatal secara automatik sekiranya pihak penyewa tidak menjelaskan bayaran dalam tempoh yang ditetapkan. Sebarang pembatalan tempahan hendaklah dimaklumkan dalam tempoh dua (2) hari sebelum tarikh permainan. Deposit tempahan tidak akan dipulangkan sekiranya pembatalan dibuatkurang daripada tempoh yang ditetapkan. Sebarang lebihan waktu penyewaan akan dikenakan caj tambahan. Sebarang kerosakan peralatan dan kemudahan Kausar FC akan dikenakan caj tambahan. Peraturan & Keselamatan Gelanggang Pemohon hendaklah memastikan keselamatan, kebersihan dan kemudahan peralatan sebelum, semasa dan selepas penggunaan.
Pemohon perlu mengemas sendiri kemudahan peralatan selepas penggunaan dan diletakkan di tempat yang disediakan Semua kawasan Kausar FC adalah kawasan LARANGAN MEROKOK. Pemohon adalah dilarang sama sekali membawa keluar sebarang peralatan daripada Kausar FC tanpa kebenaran atau memindahkan apa-apa kemudahan dan peralatan daripada tempat yang diluluskan untuk penyewaan ke tempat lain tanpa kebenaran. Pemohon dan pengunjung dilarang membawa sebarang jenis haiwan ke dalam Kausar FC atau kawasan sekitarnya. Hidangan makanan/minuman yang tidak halal atau memabukkan adalah dilarang dibawa ke dalam Kausar FC dan kawasan sekitarnya. Pemohon adalah bertanggungjawab kepada sebarang kerosakan dan kecacatan kemudahan dan peralatan semasa penggunaan dan dikehendaki memperbaikinya atau diganti. Pihak Kausar FC boleh mengenakan apa-apa syarat atau peraturan tambahan yang tidak dinyatakan dan akan ditentukan oleh pihak Kausar FC mengikut kesesuaian. Penguatkuasaan serta pengubahsuaian peraturan dan syarat di atas berdasarkan kesesuaian dan budibicara pihak Kausar FC dan penyewa tidak mempunyai apa-apa hak untuk mempertikaikan sebarang keputusan yang dibuat oleh pihak Kausar FC
|
|---|
pengenalan | organisasi kolej | lokasi | kemudahan | galeri | prosedur tempahan | kadar sewa | download
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Designed and maintained by Al Hidayah Sdn Bhd