logologo

 

 

 

KOLEJ KAUSAR
( PENDETA ZAABA )
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

header

 

 

MENU UTAMA


 

 

 

PENGENALAN & LATAR BELAKANG KOLEJ


PENDAHULUAN

              Kolej Pendeta Zaaba mula dibina pada tahun 2001 dengan keluasan 15 hektar.
              Ia merangkumi lapan buah blok asrama dan dianggarkan mampu menempatkan
              sebanyak 3637 orang pelajar. Pembangunan Kolej diseliakan sepenuhnya oleh
              Kausar Corporation Sdn Bhd yang kini dikenali sebagai Kumpulan Al-Hidayah,
              manakala pengurusan pelajar pula ditadbir oleh Jabatan Hal Ehwal
              Pelajar (HEP), UKM.

              Kolej ini mula dibuka pada semester 2 sesi 2004 / 2005 dan ianya dikenali sebagai
              Kolej Kausar. Pada awalnya, seramai 600 orang pelajar ditempatkan di kolej ini,
              merangkumi pelajar pra-siswazah dan pasca siswazah. Blok yang dibuka pada
              ketika itu ialah Blok A dan Blok B sahaja.

              Kolej ini juga merupakan sebuah kolej yang dimiliki sepenuhnya oleh Kumpulan
              Al-Hidayah melalui konsep BOT (Build, Operate, Transfer) berdasarkan
              tempoh konsesi selama 30 tahun. Tempoh konsesi ini bermula pada Jun 2005 dan
              akan berakhir pada Mei 2035.

              Kolej Pendeta Za'aba merupakan kolej kedua terbesar di Universiti Kebangsaan
              Malaysia. Kolej ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti bilik mesyuarat,
              bilik seminar, kafetaria yang menempatkan 10 buah gerai, pasar mini,
              perkhidmatan fotostat, studio tarian dan bilik muzik untuk aktiviti kebudayaan
              dan keseniaan,gelanggang futsal, gelanggang tenis, bilik gimnasium, perkhidmatan
              internet tanpa wayar 'Wireless Broadband Access', tiga buah kafe siber dan
              juga kedai foto. Mesin 'ATM' juga terdapat di kolej ini untuk memudahkan
              para pelajar untuk melakukan transaksi pengeluaran.

 

pengenalan | organisasi kolej | lokasi | kemudahan | galeri | prosedur tempahan | kadar sewa | download
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Designed and maintained by Al Hidayah Sdn Bhd